20090206

PPSMI

Saya menyokong penuh kenyataan guru pedalaman Sarawak mengenai isu
PPSMI : Guru dan GAPENA. Saya juga seorang guru yang mengajar di sekolah kategori Luar Bandar yang mana pelajar-pelajarnya 99.9% adalah pelajar Melayu. Tidak dapat disangkal bahawa dalam sesebuah sekolah terdapat tahap kecerdasan pelajar yang berbeza yakni pintar, sederhana, dan lemah. Yang menjadi masalah sekarang ini ialah golongan pelajar yang lemah. Untuk pengetahuan, golongan ini bukan saja lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains malah mereka juga lemah dalam mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Bukan niat saya untuk memperlekeh kemampuan kebolehan pelajar tersebut tetapi itu adalah realitinya. Janganlah disebabkan ’Marahkan nyamuk kelambu dibakar.’

Saya rasa ada dalam kalangan ahli GAPENA yang cerdik pandai itu pun sewaktu bersekolah dahulu mendapat pendidikan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris malah kalau bercakap pun rasanya tidak tinggal menggunakan ayat-ayat Inggeris. Janganlah kita yang buta Inggeris ini menjadi terus buta disebabkan keegoan kita, yang peliknya pelajar tidak pula merunggut malah mereka mengatakan bahawa belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris lebih mudah ’Alah Bisa Tegal Biasa.’ Jangan lah pulak ’Gajah Sama Gajah Bergaduh, Pelandok Di tengah-tengah Mati Tersepit. Sedarlah bangsa lain tidak pernah mengeluh, mereka terus maju sehinggakan warga emas mereka pun pandai ’speaking’ Kita ... alahai.

Seperkara lagi bekas Pembantu Am Rendah (PAR) sekolah saya pandai ’speaking’ hasil daripada kesedaran ibu bapa beliau menghantarnya ke sekolah aliran Inggeris (matematik, sains diajar dalam bahasa Inggeris)sedangkan ada segelintir cikgu yang tidak yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris . Jadi atas dasar ini saya merayu kepada pihak Kementerian Pelajaran supaya bersabar dan jangan cepat melatah dengan karenah masyarakat kerana setiap sesuatu program itu pasti ada pro dan kontranya, lagi pun tahap pelaksanaan PPSMI masih terlalu awal untuk dinilai. Pelaksanaannya baru enam tahun, ibarat anak kecil yang baru mengenal ABC.
Cuma saya mengharapkan agar soalan peperiksaan awan terus dilaksanakan dalam dwibahasa seperti sekarang agar tidak ada pihak yang teranianya.

Sekian, terima kasih.

Kak Mai,
Perak.


Actually the article above was written by my mom to utusan newspaper.Unfortunately it’s not been published. But it’s ok, not our luck. BTW, for me myself, I’ve got a lot of benefits through this system. It’s make my English better today. I hope that others will feel the same like me too. Perhaps the ministry will look into this problems carefully before doing any further action toward the PPSMI. I think there’s no need to stop the PPSMI because it just too early; only 6 years. We actually cannot see clearly the goodness of this policy right now. Everything that we had done must had their own pros and contrast. However, if they stop this PPSMI right now, I’m surely believe that it will burden the teachers and the students; not those people who struggling held the demonstration to pressure the gov to stop PPSMI. So….lu pikirlah sendiri!!! Asalamualaikum!

No comments: